Wednesday, July 28, 2010

sekolah agama sri kampung tengah 2

Tanggal 1953, bermulanya pendidikan keagamaan untuk anak jati sekitar perkampungan di Kampung Tengah, Kluang. Pendidikan beroperasi dengan menumpang segala urusan pembelajarannya di Dewan Orang Ramai Kg Tengah, Kluang. Berkat keperihatinan untuk melihat ilmu keagamaan ini sentiasa dimercu kejayaan, maka di sekitar 1980an, (ada sumber menyebut 1985), barulah sistem pembelajaran ini dapat dilakukan di bangunan sendiri atas nama Sekolah Agama Sri Kg Tengah, Kluang.

Kemudian dengan kepesatan penduduk serta kemajuan yang global, sekali lagi sekolah agama mencatat sejarah dengan terbinanya sebuah lagi sekolah agama yang berhampiran maka dari titik mula disitu, tanggal 16 Julai, 2003 pengasingan pentadbiran dan pembelajaran dilakukan dan dengan rasminya nama baru bagi sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Sri Tengah 2, Kluang.

Warga pendidiknya yang awal terdiri daripada guru besar Ustazah Hajah Jauhara Binti A.Razak dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 Ustazah Hajah Noraini Binti Ismail dan Guru Penolong Kanan 2 Ustazah Mahyun Binti Misni. Guru-guru Penolong Gred DB17 terdiri dari pada Ustazah Nor Azizah Binti Haji Kayat, Ustazah Nur Hazlina Binti Haji Hashim dan Ustazah Rohaizah Binti Abdul Rahim.

Guru KAFA pula terdiri daripada Ustaz Azlan Shah Bin Md Zin, Ustazah Latifah Binti Brahim, Ustazah Khadijah Binti Omar, Ustazah Nuliana Binti Maghlan, Ustaz Faizul Azli Bin Moktah dan Ustazah Hazlina Binti Md Kadir.

Tadika Agama Johor (TAJ) juga wujud di sekolah ini. Tenaga pengajarnya seramai dua orang iaitu terdiri daripada Ustazah Masturah Binti Mursidi dan Ustazah Saadah Binti Amnon.

Awal penubuhan SASKT2, pelajar-pelajarnya terdiri daripada 233 pelajar lelaki dan 212 pelajar perempuan dengan jumlah seramai 445 pelajar untuk sesi pagi , manakala bagi sesi petang pula pelajar lelaki seramai 225 dan perempuan seramai 197 orang. Jumlah keseluruhan bagi kedua-dua sesi ialah seramai 867 orang pelajar.

No comments:

Post a Comment